Setelah selesai kerja-kerja besi dan membuat acuan, kini tibalah masa untuk ke tapak rumah. Langkah pertama yang diambil kira adalah menentukan siku rumah. Biasanya rumah dibina mengikut siku tanah atau siku rumah berdekatan. Oleh kerana lokasi rumah saya adalah bersebelahan dengan rumah mak saya, saya jadikan rumah mak sebagai pedoman untuk membuat siku. Selepas kerja-kerja mengukur habis, tibalah masanya memasang goplang.(bahasa indonesia, maklumlah tukang orang seberang jadi apa istilah yang dia pakai saya guna sajalah). Goplang adalah merupakan kayu-kayu yang disusun empat segi mengikut ukuran rumah.
GOPLANG
Setelah selesai proses memasang goplang, barulah proses menarik benang mengikut shape rumah. Kerja-kerja ini dilakukan dengan teliti supaya siku rumah menjadi tepat dan kemas.
BENANG UNTUK PENANDA TIANG DAN SHAPE RUMAH