Dalam proses pembelian bahan binaan di peringkat awal adalah terdiri daripada :
- Besi untuk ditanam pada beam. Setelah berbincang dengan tukang, maka saya memilih untuk menggunakan besi jenis Y12, dan besi pengikat R6.Besi ini jika dibeli mengikut tone (Tan) adalah lebih murah jika dibandingkan membeli mengikut batang. Jumlah 1 tan besi Y12 ini adalah sekitar 96-98 batang. Harga sekitar RM2100-RM2300 setan.
- Playwood untuk dijadikan acuan beam. Dalam pemilihan plywood ini, walaupun ianya sekadar untuk membuat acuan, tetapi perlulah memilih plywood yang berkualiti iaitu ( Waterproff dan tebal 12mm). Ini kerana acuan ini akan digunakan berulangkali, beam bawah, beam syiling dan juga beam tiang. Harga sekitar RM45-RM50 sekeping.
- Kayu kasau 1"x 2" untuk membuat acuan beam. Saya memilih kayu yang elok dan berubat supaya ianya tahan lama dan kurang bengkok untuk memudahkan kerja dan juga acuan yang dbuat dapat bertahan lama.Harga sekitar RM0.60-RM0.65 sekaki.
- Tank Septik untuk sistem perkumbahan. Ianya dibeli awal kerana, kebiasaannya tank ini diletakkan dibelakang rumah, takut-takut selepas beam dah naik, tiada ruang untuk beckho nak masuk korek tank ini, so kena korek pakai tangan..masak la.
- Pasir kasar dan batu 3/4. Dibeli secara ters dari driver lori, so dia direct ambil dari kuari, jadi harga lebih murah berbanding kita ambil dari kedai hardware.Harga pasir untuk 1 lori besar sekirar RM400- RM450 manakala batu pula sekitar RM380-RM400.
Setiap pembelian dilakukan secara cash, jadi kita perlulah survey dari 1 kedai hardware ke 1 kedai hardware bagi mendapatkan harga yang terbaik. Setelah membuat survey memang banyak lari harga. untuk besi sahaja lari diantara RM100-200/tan. Setelah selesai membuat belian, saya cadangkan agar kita hanya buat deposit pembayaran,sekitar 10% dari jumlah keseluruhan. Ini adalah taktik mempercepatkan lagi proses penghantaran dan jika barang yang sampai tidak elok, maka kita boleh reject barang itu dengan mudah.
Hi
ReplyDeleteNo pon ada ke En
ReplyDelete