Friday 28 November 2014

Step 6: Membuat Footing dan Stam

Selepas selesai membuat siku rumah dan kerja-kerja membengkok besi, langkah seterusnya adalah masuk ke tapak pojek dan menyediakan Tapak rumah. Menurut tukang bilangan tapak rumah kalau baik adalah dibina pada setiap bawah tiang yang akan dibina. Setelah di ambil kira jumlah tiang, maka tapak rumah saya perlu ada sebanyak 38. Langkah permulaan adalah tukang akan tandakan bahagian mana yang hendak dikorek untuk dijadikan tapak rumah.Langkah seterusnya adalah memasang footing dan stam. Ini membolehkan ruma menjadi lebih kukuh dan tidak mudah untuk retak.
Footing digali 3 kali kebawah tanah dan dikonkrit dengan Besi Y12mm.

Footin dan stam ditambun untuk proses memnuat beam diatasnya.

Thursday 30 October 2014

Step 5: Membuat ukuran dan siku rumah di Tapak projek

Setelah selesai kerja-kerja besi dan membuat acuan, kini tibalah masa untuk ke tapak rumah. Langkah pertama yang diambil kira adalah menentukan siku rumah. Biasanya rumah dibina mengikut siku tanah atau siku rumah berdekatan. Oleh kerana lokasi rumah saya adalah bersebelahan dengan rumah mak saya, saya jadikan rumah mak sebagai pedoman untuk membuat siku. Selepas kerja-kerja mengukur habis, tibalah masanya memasang goplang.(bahasa indonesia, maklumlah tukang orang seberang jadi apa istilah yang dia pakai saya guna sajalah). Goplang adalah merupakan kayu-kayu yang disusun empat segi mengikut ukuran rumah.

GOPLANG 

Setelah selesai proses memasang goplang, barulah proses menarik benang mengikut shape rumah. Kerja-kerja ini dilakukan dengan teliti supaya siku rumah menjadi tepat dan kemas.

BENANG UNTUK PENANDA TIANG DAN SHAPE RUMAH

Wednesday 29 October 2014

Step 4 : Kerja-kerja bengkokkan besi dan membuat acuan beam.

Langkah seterusnya, tukang memilih untuk membuat kerja-kerja membengkok besi terlebih dahulu. Besi ibarat tulang didalam rumah. Semakin besar besi, semakin kuatlah rumah dan sekiranya besi ini tidak cukup kuat untuk menampung bera rumah, ianya boleh menyebabkan rumah merekah. Kerja-kerja membengkokkan besi ini bukanlah mudah, ditambah pula dengan saya memilih besi Y12 dan R6 untuk dijadikan tulang pada rumah saya. Memang memenatkan kerja ini, memerlukan tenaga yang banyak. Besi digunakan untuk membuat 3 bahagian utama iaitu : 
  1. Beam Bawah- Yang terdiri daripada bracket, stamp (tapak rumah) dan beam.
  2. Tiang - Saya memilih untuk menggunakan tiang konkrit yang dibuat sendiri adalah kerana menurut tukang tiang yang dibuat sendiri lebih kuat untuk memegang bata kerana besi dikonkrit sekali dan jika tiang yang dibeli,kita perlu drill bahagian tertentu untuk dimasukkan besi.  Selain dari itu besi yang digunakan juga adalah lebih besar dari besi untuk tiang siap sedia. Namun begitu modal untuk buat tiang ini agak tinggi jika dibandingkan dengan modal beli tiang. Tapi demi kesenangan di kemudian hari, biarlah berbelanja sedikit pada hari ini.
  3. Beam atas.
BEAM TIANG DAN BEAM BAWAH

BEAM SILING

Proses ini memakan masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan. Selepas itu, acuan beam pula dibuat. Untuk membuat acuan beam ini, saya memilih untuk membuat beam berukuran 16inch, ini adalah untuk mengelakkan kerugian pada plywood.Plywood kebiasaannya berukuran 8'x4' bersamaan 96"x 48", jadi jika saya guna beam 16", 1 plywood boleh dibahagi 3, (16x3= 48), jadi tiada pembaziran pada plywood, jika acuan beam dibuat 1kaki setengah, maka satu plywood hanya boleh buat 2 acuan sahaja ya ini, 18x2=36", maka akan terbazirlah plywood itu sebanyak 48-36= 12". Hal-hal yang seperti ini perlu diperhalusi ketika membuat rumah kerana dengan ini kos bahan binaan dapat dijimatkan. Saya bertuah kerana tukang sering kali memberi cadangan kepada saya untuk menjimatkan kos binaan ini. 
ACUAN PLYWOOD 16"X96" 
Kerja-kerja membengkokkan besi dan meyediakan acuan plywood ini mengambil masa 1-2 minggu untuk disiapkan dengan tenaga perkerja seramai 3-4 orang .

Monday 27 October 2014

Step 3: Pembelian Bahan Binaan pertama


Dalam proses pembelian bahan binaan di peringkat awal adalah terdiri daripada :
  1. Besi untuk ditanam pada beam. Setelah berbincang dengan tukang, maka saya memilih untuk menggunakan besi jenis Y12, dan besi pengikat R6.Besi ini jika dibeli mengikut tone (Tan) adalah lebih murah jika dibandingkan membeli mengikut batang. Jumlah 1 tan besi Y12 ini adalah sekitar 96-98 batang. Harga sekitar RM2100-RM2300 setan.
  2. Playwood untuk dijadikan acuan beam. Dalam pemilihan plywood ini, walaupun ianya sekadar untuk membuat acuan, tetapi perlulah memilih plywood yang berkualiti iaitu ( Waterproff dan tebal 12mm). Ini kerana acuan ini akan digunakan berulangkali, beam bawah, beam syiling dan juga beam tiang. Harga sekitar RM45-RM50 sekeping.
  3. Kayu kasau 1"x 2" untuk membuat acuan beam. Saya memilih kayu yang elok dan berubat supaya ianya tahan lama dan kurang bengkok  untuk memudahkan kerja dan juga acuan yang dbuat dapat bertahan lama.Harga sekitar RM0.60-RM0.65 sekaki.
  4. Tank Septik untuk sistem perkumbahan. Ianya dibeli awal kerana, kebiasaannya tank ini diletakkan dibelakang rumah, takut-takut selepas beam dah naik, tiada ruang untuk beckho nak masuk korek tank ini, so kena korek pakai tangan..masak la.
  5.  Pasir kasar dan batu 3/4. Dibeli secara ters dari driver lori, so dia direct ambil dari kuari, jadi harga lebih murah berbanding kita ambil dari kedai hardware.Harga pasir untuk 1 lori besar sekirar RM400- RM450 manakala batu pula sekitar RM380-RM400.
  6. Simen Pheonix keluaran Lafarge. Dari Perak,simen ini mengikut piawaian dan mempunyai sirim serta mengikut  ISO9001, ISO14001 dan OHSAS 18001. Kata tukang simen ini cukupgelap dan kandungan besinya banyak. Harganya sekitar RM15-RM17 sebeg.
Setiap pembelian dilakukan secara cash, jadi kita perlulah survey dari 1 kedai hardware ke 1 kedai hardware bagi mendapatkan harga yang terbaik. Setelah membuat survey memang banyak lari harga. untuk besi sahaja lari diantara RM100-200/tan.  Setelah selesai membuat belian, saya cadangkan agar kita hanya buat deposit pembayaran,sekitar 10% dari jumlah keseluruhan. Ini adalah taktik mempercepatkan lagi proses penghantaran dan jika barang yang sampai tidak elok, maka kita boleh reject barang itu dengan mudah.

Sunday 26 October 2014

Step 2 : Melakar Plan.

Langkah pertama untuk membuat rumah ini adalah membuat plan. Antara perkara penting ketika membuat lakaran plan adalah bayangan untuk saiz sebenar bila dah siap. Saya bukanlah seorang yang berpengalaman tentang ini, maka pita ukur setiasa berada didalam kereta. Ini adalah jika saya terserempak dengan rumah yang didalam pembangunan, saya mesti singgah dan ukur bilik-bilik yang mereka buat untuk dapat gambaran yang sebenar keluasan bilik. Tapi perlulah berhemah, mintaklah kebenaran dahulu.

Seterusnya perkara lain untuk membina plan adalah bilangan bilik, kedudukan bilik dan sebagainya. Tips-tips yang dipertimbangkan dalam saya melakarkan plan rumah:-
1. Lihat arah matahari naik dan terbenam. Kebiasaannya bilik dibina disebelah matahari terbenam lebih panas ketika malam.
2. Saya ada juga buat kiraan ruangan mana yang paling banyak digunakan oleh keluarga saya dalam masa 24 jam. Setelah dapat anggaran maka keluasan ruang ditentukan dari berapa banyak penggunaan dalam 1 hari.
3. Arah tandas duduk/cangkung, sebagai orang islam tidak elok jika membuang air kecil/besar ketika mengadap qiblat. Jadi pilihlah arah .
4. Ruangan-ruangan spacial menikut citarasa sendiri, maklumlah bila diberi peluang untuk buat design nie, rumah kita, mestilah pilih plan mengikut apa yang kita fikirkan terbaik.

Saya menggunakan software  Chief Architect. Hampir 6 bulan juga nak jumpa design yang terbaik untuk rumah idaman ini. Akhirnya dapatlah design yang dapat puaskan hati semua pihak.


Thursday 16 October 2014

Step 1: Mencari tukang atau kontraktor

Bissmillahhirrahmannirahim....
Hampir 6 bulan aku survey untuk mendapatkan kontraktor yang sesuai untuk membina rumah idamanku. Antara perkara yg perlu diperhalusi adalah kualiti kerja kemasan, upah dan yang paling penting adalah kejujuran darisegi mutu barangan yang digunakan dan amanah. Setelah puas mencari-cari kontraktor yang sesuai,namun masih belum jumpa. Rata-rata kontraktor mengenakan upah sekitar rm90-rm110 /sqf. Kalau yg murah pulak Barang binaan yang digunakan pula kurang berkualiti. Ada terbaca dalam blog sebelum2 ini, kiraan keuntungan kontraktor adalah sekitar 30-45% dari nilai Projek. Bayangkan jika Projek bernilai rm200k, keuntungan kepada kontraktor boleh mencecah Antara 60k- rm90k. Tapi tidak bolehlah salahkan kontraktor jugak, siapa yang nak buat kerja free. Saya pula tidaklah mempuyai modal yang besar untuk membuat rumah tetapi hajat dihati untuk membina rumah yang selesa untuk keluarga, lantas setelah difikir-fikirkan saya mengambil langkah nekad untuk menjadi kontraktor rumah saya sendiri.

Mala bermulalah episode baru dalam stage pencarian, daripada mencari kontraktor bertukar pula kepada mencari tukang yang sesuai. Secara kebetulan, saya berjumpa dengan sorang tukang warga Indonesia yang sudah 12 tahun berpengalaman membuat rumah di Malaysia ini. Hati mula terpaut dengan kehalusan hasil kerja beliau. Setelah melihat beberapa Projek hasil kerja beliau dan feedback dari tuan2 rumah yang beliau buat, hati ini nekad untuk memilih beliau membuat rumah. Solat istikharah juga turut dilakukan, mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan yang terbaik. Pada Waktu saya melamar tukang ini, beliau masih lagi menyiapkan rumah di kawasan Pendang. Beliau setuju untuk jadikan rumah saya sebagai Projek beliau yang seterusnya tetapi Projek rumah saya akan bermula selepas beliau selesai membina rumah di Pendang itu. Dalam hati berkata, "bagus juga tukang ini, tak tangkap 2-3 Projek dalam satu-satu masa".