Wednesday, 29 October 2014

Step 4 : Kerja-kerja bengkokkan besi dan membuat acuan beam.

Langkah seterusnya, tukang memilih untuk membuat kerja-kerja membengkok besi terlebih dahulu. Besi ibarat tulang didalam rumah. Semakin besar besi, semakin kuatlah rumah dan sekiranya besi ini tidak cukup kuat untuk menampung bera rumah, ianya boleh menyebabkan rumah merekah. Kerja-kerja membengkokkan besi ini bukanlah mudah, ditambah pula dengan saya memilih besi Y12 dan R6 untuk dijadikan tulang pada rumah saya. Memang memenatkan kerja ini, memerlukan tenaga yang banyak. Besi digunakan untuk membuat 3 bahagian utama iaitu : 
  1. Beam Bawah- Yang terdiri daripada bracket, stamp (tapak rumah) dan beam.
  2. Tiang - Saya memilih untuk menggunakan tiang konkrit yang dibuat sendiri adalah kerana menurut tukang tiang yang dibuat sendiri lebih kuat untuk memegang bata kerana besi dikonkrit sekali dan jika tiang yang dibeli,kita perlu drill bahagian tertentu untuk dimasukkan besi.  Selain dari itu besi yang digunakan juga adalah lebih besar dari besi untuk tiang siap sedia. Namun begitu modal untuk buat tiang ini agak tinggi jika dibandingkan dengan modal beli tiang. Tapi demi kesenangan di kemudian hari, biarlah berbelanja sedikit pada hari ini.
  3. Beam atas.
BEAM TIANG DAN BEAM BAWAH

BEAM SILING

Proses ini memakan masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan. Selepas itu, acuan beam pula dibuat. Untuk membuat acuan beam ini, saya memilih untuk membuat beam berukuran 16inch, ini adalah untuk mengelakkan kerugian pada plywood.Plywood kebiasaannya berukuran 8'x4' bersamaan 96"x 48", jadi jika saya guna beam 16", 1 plywood boleh dibahagi 3, (16x3= 48), jadi tiada pembaziran pada plywood, jika acuan beam dibuat 1kaki setengah, maka satu plywood hanya boleh buat 2 acuan sahaja ya ini, 18x2=36", maka akan terbazirlah plywood itu sebanyak 48-36= 12". Hal-hal yang seperti ini perlu diperhalusi ketika membuat rumah kerana dengan ini kos bahan binaan dapat dijimatkan. Saya bertuah kerana tukang sering kali memberi cadangan kepada saya untuk menjimatkan kos binaan ini. 
ACUAN PLYWOOD 16"X96" 
Kerja-kerja membengkokkan besi dan meyediakan acuan plywood ini mengambil masa 1-2 minggu untuk disiapkan dengan tenaga perkerja seramai 3-4 orang .

1 comment:

  1. saya adalah kontraktor area puchong puan tuan minat hub 0182017513

    ReplyDelete